pElAngI kEhIdUpAn ;
Thursday, June 3, 2010 • 1:21 AM • 0 comments

AKU TIDAK MAHU MENGHAMPIRI CINTA LAKNAT LAGI...

Aku tidak pernah mengenali cinta...Ada apa dengan cinta???Aku juga kurang bergaul dan berbual dengan pelajar lelaki.Aku tak tahu kenapa.. Mungkin aku malu atau segan untuk berbual dengan mereka kot.Dan aku juga tak mahu mendekati mereka melainkan ada perkara penting sahaja..

Suatu hari,sedang aku menyiapkan tugas yang diberikan oleh cikgu,tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki, Haris namanya..Dialah yang menjadi orang tengah antara aku dan si dia.. Haris menyatakan kepada aku bahawa ada seseorang ingin mengenali diriku Aku tidak tahu untuk berkata apa.Aku hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan..

Keesokan harinya,Haris datang lagi kpd ku..Kali ni dia datang untuk memberi aku nombor telefon si dia.Mula2 aku enggan untuk menerimanya tapi atas desakan kawan,aku pun mengambilnya.Tapi aku tidak menghubunginya..Aku hanya simpan sahaja nombor si dia sehinggalah suatu hari ada satu nombor baru masuk di handphoneku.

Dengan perasaan ingin tahu,aku pun bertanyakan empunya nombor 017*******
"Awak dah tak kenal saya?? Sayalah orang yang mahu berkenalan dengan awak.Kenapa awak xtak contact saya? Hari-hari saya tunggu panggilan awak"..

Aku sebenarnya bukanlah tak mahu menghubunginya.Tapi aku malu..Bak kata orang jual mahal la konon..Semakin hari aku semakin rapat dengannya..Dialah yang selalu membuat aku tertawa,dialah yang selalu mendengar masalah aku,dan dialah juga sering menggembirakan aku di kala aku kesedihan.Suatu malam si dia bertanyakan pada ku adakah aku sudi untuk menjadi kekasihnya??

Aku hanya berdiam diri tanpa sebarang jawapan.Sehinggalah tiga tahun berlalu,dia masih menanti ku.Aku hanya menyimpan perasaan sayang aku terhadapnya di sudut hatiku.Sehinggalah suatu hari, tanpa angin tanpa ribut aku telah digosipkan dengan seseorang.Perkara ini menyebabkan si dia langsung tidak mahu menegur ku lagi.

Aku rasa serba salah padanya..Aku tidak mampu lagi menyimpan perasaan aku lagi..Aku tidak lagi mahu menyembunyikan perasaan aku terhadapnya.
aku berterus terang padanya menyatakan cintaku padanya.Selepas dari itu,hubungan kami pulih dan bertambah mesra..

Suatu hari si dia mengajak aku keluar.aku gembira sekali kerana inilah kali pertama aku keluar dengan lelaki..Aku tidak pernah mempunyai pengalaman dan inilah masanya untuk aku merasai nikmat bercinta seperti pasangan kekasih yang lain.

Dia memegang tanganku. Pada mulanya aku berasa kekok dan tidak biasa dengan situasi sebegini..Tapi lama kelamaan aku berasa sangat bahagia..aku terasa seperti disayangi dan dimanjai...Lama kelamaan aku menjadi ketagih dengan cinta.Kemana kami pergi sentiasa bersama,berpegang tangan,berpelukan seperti belangkas.Aku langsung tidak berasa malu melakukannya di khalayak ramai..

Fikiranku telah dihiasi dengan perkara2 maksiat..Segala yang buruk itu semua menjadi indah bagiku.Entah macam mana, suatu hari aku berasa sedih dengan perbuatan aku..Aku seolah-olah baru tersedar dari dipukau..
Aku rasa sangat menyesal dengan perbuatan aku.Aku berasa malu kepada Allah..Aku telah banyak melakukan dosa,aku telah banyak melakukan perkara2 yang terkutuk..

Aku segera bertaubat kepada Allah.Aku menyesal dengan perbuatan aku.Aku berjanji pada diriku tidak mahu menghampiri cinta yang boleh meroskkan aku.
Aku hanya mengharapkan cinta Illahi yang kekal selamanya..Agar aku tidak leka dan alpa dari mengingatinya,aku mengharapkan keampunannya,rahmat dan keberkatanya.Aku hanya mengharapkan cinta yang akan membawa aku ke syurga..


cerita ini adalah rekaan semata-mata untuk renungan kita bersama..Janganlah kita terus hanyut dengan cinta yang dilaknat Allah yang hanya mendatangkan dosa pada diri sendiri..Cintailah Allah dan Rasul dahulu sebelum mencintai sesama manusia.Sesungguhnya semua jodoh manusia itu telah ditentukan oleh Allah.. Sekiranya cinta kita kepada Allah dan rasul sempurna,insyaAllah kita akan temui cinta yang hakiki dan diredhoi oleh Allah..Fikir2lah mana yang baik dan buruk..=)

hasil karya,
-humairah-



PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW