pElAngI kEhIdUpAn ;
Sunday, June 13, 2010 • 6:13 PM • 0 comments

PUASA SUNAT REJAB DAN KELEBIHANNYA...

Masa berlalu dengan sangat pantas.Sekejap sahaja dah pun masuk pertengahan tahun.
Kita pun telah menghampiri bulan Rejab.Sabda rasulullah SAW bermaksud: "Rejab adalah bulan AllahSWT,Sya'ban adalah bulanku(Rasulullah) dan Ramadhan adlah bulan umatku".Para ulama menafsirkan Hadis Rasulullah SAW itu sebagai berikut:dalam bulan Rejab umat Islam seharusnya berusaha bercucuk tanam;dalam bulan Sya'ban pula hendaklah bekerja memberikan baja dan menyirami airpada tanaman itu;manakala dalam bulan Ramadhan pula umat islam menuai hasil tanaman mereka.Tegasnya banyakan ibadat dalam bulan Rejab,ditambah banyak lagi dalam bulan Sya'ban dan lebih banyak lagi dalam bulan Ramadhan.

Antara amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat.Paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab,sebagaimana yang diamalkan oleh rasulullah SAW. Menurut maksud sebuah hadis Rasulullah SAW,sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab,maka Allah SWT menyeru kepadanya "Telah wajib hakmu atas-Ku,mintalah olehmu kepada-Ku.Demi ketinggian dan kebesaran-Ku,mintalah tidak akan Aku tolak hajatmu,Engkau adalah jiran-Ku dibawah 'Arasy-Ku'.Engkau kekasih-Ku.Berbahagialah kamu,tiada hijab diantara Aku dan engkau."

antara fadhilat berpuasa pada bulan Rejab adalah seperti berilut:-
  1. Berpuasa sunat Rejab 20 hari,diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
  2. Berpuasa sunat Rejab 19 hari,dibinakan sebuah mahligai di syurga.
  3. Berpuasa sunat Rejab 16 hari,akan dapat melihat Allah di dalam syurga
  4. Berpuasa sunat Rejab 15 hari,diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun(menurut Sayidina Ali).
  5. Berpuasa sunat REjab14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun(menurut Sayidina Ali).
  6. Berpuasa sunat Rejab13 hari, diberi pahala seperti beruasa tiga ribu tahun(menurut Sayidina Ali).
  7. Berpuasa sunat Rejab10hari,akan diberi dua sayap(kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratul-Mustaqim pada Hari Kiamat.
  8. Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk kesyurga.
  9. Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada Hari kiamat
  10. Berpuasa sunat Rejab 7 hari akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari kiamat
  11. Berpuasa sunat Rejab 6 hari,akan dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercayaha.
  12. Berpuasa sunat Rejab 5 hari akan diamankan daripada azab kubur.
  13. Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Kiamat
  14. Berpuasa sunat Rejab 3 hari,akan dibinakan benteng yang mebghalang ke neraka pada hari Kiamat
  15. Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.
  16. Berpuasa sunat Rejab sehari,diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.
  17. Berpuasa sunat Rejab sehari pada27 rejab(hari israk mi'raj) diberi pahala seperti berpuasa 60 bulan.jika ditambah dengan ibadat sedekah,diberi pahala seperti berpuasa serbu tahun.
pada keseluruhannya,mereka yang berpuasa pada bulan Rejab akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.Allah akan memelihara keimanan mereka bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat..Marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan ini...




PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW