pElAngI kEhIdUpAn ;
BUATLAH SESUATU KERANA ALLAH BUKAN KERANA NAKKAN KEJAYAAN...
Monday, November 22, 2010 • 9:13 PM • 1 comments


Assalamualaikum, kali ini saya nak mengajak kawan-kawan semua bermuhasabah diri terutamanya kepada golongan yang masih lagi mununtut ilmu.


Kita sedia maklum musim peperiksaan amatlah digeruni dan dibimbangi oleh semua pelajar.Pelbagai perasaan yang menyelubungi diri kita. Ada yang takut,gementar,gelisah,risau dan sebagainya.Masa tu masing-masing mula sibuk mengulang kaji pelajaran, try grab sebanyak mungkin ilmu yang boleh dicapai, kita pun pulun habis-habisan untuk dapatkan keputusan yang terbaik.Pelbagai usaha yang kita lakukan termasuklah berdoa kepada Allah.


Apa yang saya nak tekankan di sini sebenarnya adalah tentang hubungan kita dengan Allah. Dari pemerhatian saya,bila tiba musim peperiksaan pelajar menjadi semakin rajin melakukan amal ibadah tak kiralah yang wajib mahupun yang sunat.Sebagai contoh dari yang suka tinggalkan solat jadi rajin solat, tiap-tiap malam bangun qiamulail buat solat sunat hajat,tahajud,taubat dan sebagainya.Dari yang kurang mengaji Al- Quran jadi rajin, ada sesetengah tu bila tiba peperiksaaan dari yang tak bertudung terus bertudung.alhamdulillah lah kalau kita sudah berubah selangkah ke arah kebaikan. Tapi malangnya selepas musim peperiksaan tamat sesetengahnya kembali ke tabiat lama.Habis peperiksaan maka habislah semua amal kebaikan.Adakah begitu??Adakah kita melakukan semua ini semata-mata untuk mendapatkan keputusan cemerlang??Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu maha melihat dan maha mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.Sebagaimana firman Allah SWT:


Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya.Dan dia bersama kamu di mana saja kamu berada.Dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan  (Al-Hadid:4)

Kalau boleh biarlah amal ibadah yang kita lakukan itu ikhlas kerana-Nya bukan semata-mata untuk mendapat kejayaan sahaja.Biarlah ianya berterusan dan jangan berhenti sekerat jalan ibarat kita meminta-minta dalam kesusahan bila senang kita lupakan-Nya.Jadikan ia sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita.Sesuatu keputusan yang baik itu bukanlah terletak pada amal ibadah yang kita lakukan tetapi terletak pada sejauh mana keikhlasan kita pada Allah,sejauh mana hubungan kita dengan-Nya dan yang penting keredhaan Allah.

Jadi, marilah kita sama-sama renung kembali ke dalam diri kita.Yang mana terkurang tambahkan,yang mana sedikit perbanyakkan. Kepada mereka yang beristiqamah dalam beribadah alhamdulillah.Teruskan dengan amalan yang kita dah lakukan. Dan kepada mereka yang masih lagi belum constant dengan ibadah yang dilakukan marilah kita sama-sama laksanakannya.Semoga kita semua peroleh hidayah dan petunjukNya.


PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW