Thursday, November 11, 2010 • 9:38 PM •
0 comments
“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.
Mungkin segelintir di antara kita pernah terdetik dalam hati untuk berubah.Namun adakah perubahan itu akan berlaku sekiranya kita hanya berkata-kata dalam hati tanpa sebarang tindakan???
Atau sesetengahnya ada mengatakan 'aku nie memang dah jahat, suka aniaya orang..hati pun da keras nak buat baik mana la boleh berubah jadi baik'...
Sebenarnya seseorang itu boleh berubah sekiranya dia betul-betul nak berubah dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama..Semuanya bermula dari diri kita sendiri.Kita yang kena paksa diri kita untuk lakukan perubahan.Kalau kita paksa diri kita buat baik, sudah tentunya kita pun akan melakukan kebaikan.
Tapi sebaliknya akan berlaku sekiranya kita biarkan diri kita terus hanyut,lalai dan ikut hawa nafsu semestinya kita akan melakukan kemungkaran.Sebab itu kita lihat sekeliling kita banyak sangat masalah sosial yang berlaku seperti zina,pembuangan bayi,ketagihan dadah,aktiviti lumba haram dan sebagainya.Semua nie tidak akan terjadi sekiranya kita tak paksa diri kita untuk menghindarinya.
Oleh itu,cuba kita paksa diri kita untuk membuat kebaikan.Lama kelamaan kita akan terbiasa untuk melakukan amar makruf nahi mungkar..So, selamat beramal!!!!

PAST • FUTURE