pElAngI kEhIdUpAn ;
redho dengan musibahNYA
Thursday, November 18, 2010 • 7:39 AM • 0 comments
Setiap manusia yang hidup pasti akan diuji oleh Allah.Tidak sempurna hidup manusia tanpa diuji.Tak kiralah ujian yang kita hadapi itu berbentuk kesenangan mahupun musibah,banyak mahupun sedikit. Sebagaimana yang disebutkan dalam kitab hadis tentang ujian Allah kepada hambanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redho dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

Jika kita imbau semula sejarah silam di mana Rasulullah juga diuji dengan begitu hebat sekali, kita dapati bahawa, Rasulullah s.a.w. yang merupakan manusia yang paling dikasihi Allah s.w.t. sendiri, diuji dengan pelbagai ujian, termasuklah dibaling dengan batu, dilempar dengan najis dan kotoran, dan sebagainya. Begitu juga dengan para Nabi yang lain, seperti Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Ayub a.s., dan selain dari mereka.


 Allah menguji kita dengan pelbagai musibah seperti kehilangan orang tersayang, kemusnahan harta benda, bencana, sakit yang berterusan dan sebagainya.Namun apa yang kita lihat tidak ramai di antara kita yang bersyukur dan redho menerima ujian dariNya. Kadang kala menyebabkan kita berputus asa dan seolah-olah kita menyalahkan takdir yang menimpa kita.

Namun, jika kita memandang musibah  dan kesulitan ini dari sudut positif, ianya tidak akan membuatkan seseorang itu  berputus asa.Sebaliknya ia menjadi kekuatan bagi mereka untuk meneruskan kehidupan mereka yang mendatang. 

Secara umumnya, Allah SWT menurunkan musibah kepada hambanya berdasarkan tiga sebab:

Pertama: Allah menurunkan bala dan musibah kepada musuhnya, yang sombong dan ingkar kepada Allah.Mereka terdiri daripada orang-orang kafir dan fasiq.Maka mereka mendapat azab dan siksaan dari Allah di dunia lagi

kedua: Allah menurunkan  musibah kepada orang mukmin yang melanggar segala larangannya seperti melakukan maksiat dan kemungkaran.Maka Allah menurunkan musibah kepada mereka supaya mereka kembali kepada Allah SWT dengan mengamalkan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Ketiga: Allah menurunkan musibah kepada hambanya yang khawas (golongan orang-orang soleh).maka  musibah itu adalah pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah kerana kesabaran mereka.

seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redho dengan ujian yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhoi hambaNya yang redho dengan ketetapanNya,dengan izin Allah s.w.t..

Mereka yang diuji dengan musibah juga perlu sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan kesan dari dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan, di samping bertaubat dari segala dosa dan kesilapan. Dan akhir sekali semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa redho dengan segala ketentuanNya..



PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW