pElAngI kEhIdUpAn ;
~hidup ini umpama roda~
Friday, December 10, 2010 • 7:04 AM • 0 comments
Hidup manusia nie umpama roda.Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah..Tidak semestinya kita sentiasa berada di atas mahupun di bawah.Perumpamaan ini seringkali kita dengar dan ia sangat rapat sekali dengan kehidupan seharian kita.

Semestinya kita pernah merasakan ada kalanya kita bernasib baik dan ada masanya kita bernasib buruk..Ada kalanya kita mendapat rezeki dan ada kalanya rezeki itu bukan milik kita.Tapi terkadang manusia ini seringkali lupa diri.Bagi mereka dengan segala kemewahan, pangkat dan kecantikan yang mereka miliki akan terus kekal menjadi milik mereka selama-lamanya.Dengan sedikit nikmat yang Allah berikan mereka sudah merasa bongkak, riak,takbur dan sombong sesama makhluk.Bila-bila masa shj segala kenikmatan yang kita perolehi itu akan hilang.

Teringat saya satu kisah tentang seorang pengemis.Suatu hari semasa sepasang suami isteri sedang duduk makan, mereka telah didatangi oleh seorang pengemis berpakaian lusuh meminta sedekah daripda mereka. Si suami tadi dengan riak berkata " aku bina perniagaan aku hingga berjaya bukan untuk orang lain tapi untuk diri ku dan keluargaku".Si suami tadi pun menghalau pengemis tersebut.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami tadi telah jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dengan keadaan yang teruk itu si suami tadi pun menceraikan isterinya krn tdk mahu isterinya menderita sama.Setahun kemudian si isteri tadi berkahwin dengan lelaki lain..

Pada suatu hari ketika si isteri dan suami barunya mahu menjamu selera, tiba-tiba datang seorang pengemis untuk meminta sedekah.Mendengar rayuan itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan sprt yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri tadi menangis. Si isteri mengadu pada suaminya bahawa pengemis itu adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru tadi pun menjawab dengan tenang: "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang pernah dihalau dan ditengkingnya.

Melalui kisah ini kita boleh buat kesimpulan bahawa segala nikmat yang kita ada bila-bila masa sahaja Allah akan tarik balik. Tidak semestinya kita sentiasa bernasib baik.Semoga melalui kisah ini kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran.Yang mana baik kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan..


PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW