pElAngI kEhIdUpAn ;
~**~KenApA mEsti tiNgGaLkAn sOLat~**~
Monday, December 13, 2010 • 11:33 PM • 1 comments
Ramai yg mengakui ISLAM.Bila ditanya kamu ni islam??? Mereka menjawab "ya".Namun sedih sekali masih ramat umat islam di luar sana yang meninggalkan solat dan mengabaikan perihal solat.Contohnya bila azan Maghrib berkumandang, masih ramai anak-anak muda bermain di luar.Setelah selesai bermain mereka pulang dan berehat.Bila ditanya kenapa belum solat?? jawapannya "penat".Macam-macam alasan orang sekarang beri untuk elak daripada solat.Persoalannya kenapa mesti tinggalkan solat?? Adakah perkara lain lebih penting dari solat?? Cuba kita bayangkan kita berada dalam satu situasi kita sedang berseronok dengan kawan-kawan kita, masa tu pulak masuk waktu solat.Namun kita buat tak endah jer.Tiba-tiba Allah tarik nyawa kita.Masa tu dah tak boleh nak buat apa-apa.Akhirnya kita mati dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat.Mahukah kita mati dalam keadaan sedemikian?? Semestinya kita tak mahu bukan?? Jadi kenapa mesti nak tinggalkan solat??

SOLAT TU PENTING KE??


Solat adalah perkara paling penting sekali daripada semua perkara.Ini kerana tiada perintah lain yang begitu ditekankan dalam Al-Quran melainkan solatWalau dalam apa jua keadaan sekalipun, solat adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.Orang yang sakit pun perlu bersolat apatah lagi kita yang sihat walafiat.

Firman Allah SWT:
"Dirikanlah solat,tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang yang rukuk"
(Surah Al- Baqarah,ayat 43)

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
(Surah Al- Ankabut, ayat 45)

"Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman,dirikanlah solat itu dengan sempurna sebagaimana biasa.Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman yang tertentu waktunya"
(Surah An-Nisa',ayat 103)

SOLAT TIANG AGAMA

Cuba kita perhatikan setiap rumah yang dibina asasnya mesti mempunyai tiang,tanpa tiang sudah tentu rumah tersebut akan roboh.Begiu juga dengan  solat kita.Tanpa solat yang sempurna,natijahnya amat buruk pada diri.Solat diabaikan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah langsung dihati.Apabila solat ditinggalkan kesannya tiada lagi sebarang antibodi dalam diri.Nah,kita lihatsekarang kesannya banyak maksiat dan dosa berleluasa.Tanpa segan silunya maksiat berlaku di depan mata.Tiada langsung rasa takut pada Allah.Mukmin yang pelihara solatnya mereka takut nak berbuat perkara yang dilarang dalam islam kerana takutkan seksaan dan azab Allah yang amat pedih.

AKIBAT MENSIA-SIAKAN SOLAT

Firman Allah SWT:
"Maka datanglah sesudah mereka nanti pengganti yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan kecuali orang yang bertaubat,beriman dan beramal soleh"
(Surah Maryam ayat 59-60)
Maksud daripada ayat ini ialah mereka yang tidak solat Zuhur hinggalah tiba solat Asar dan tidak solat Asar hinggalah tiba waktu Maghrib dan tidak solat Maghrib hinggalah tiba waktu Isyak dan tidak solat Isyak hinggalah terbit fajar dan tidak solat Subuh hinggalah naik matahari.Sesiapa yang mati apabila ia terus menerus dalam keadaan sedemikian dan tidak pula bertaubat,Allah memberi amaran balasan "al-Baghy" iaitu satu lembah yang terdapat di dalam neraka jahanam.

Kalau orang yang melewat-lewatkan solat hingga ke hujung  waktu pun sudah diancam dengan seksaan al-Baghy apatah lagi orang yang meninngalkan solat??Mereka yang solat tetapi mengambil ringan Allah SWT menjanjikan neraka "wail" untuk mereka.Sesetengah ulamak menyatakan bahawa neraka wail itu ialah satu lembah yang terdapat di dalam neraka jahanam.Seandainya dilalukan bukit-bukit yang terdapat di dunia ini di atasnya nescaya cair semuanya kerana sangat panas.Neraka itu lah tempat tinggal mereka yang lalai terhadap ibadah solat kecuali mereka yang menyesal dan bertaubat.

Sikap sambil lewa sebegini akhirnya mudah berjangkit dan merebak kepada  sikap menangguh taubat dan istigfar.Akhirnya kematian datang menjemput sebelum sempat mengucapkan lafaz taubat dan melakar kebaikan.Matialh dia bersama-sama dosa-dosa yang menimbun di dalam diri dan membawa hati yang gelap gelita...


PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW