pElAngI kEhIdUpAn ;
~**~pEnAwAR DaRi mAkAnAn~**~
Thursday, December 30, 2010 • 12:39 AM • 0 comments


LOBAK MERAH: Bersihkan sistem penghadaman

Lobak merah bukan sahaja baik untuk penglihatan, tetapi juga baik untuk diet seharian bagi memastikan kesihatan kekal di tahap yang optimum.Lobak merah mengandungi serat dan karotena  iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman serta membuang sisa lemak dengan cepat.


BROKOLI: Mudahkan pernafasan

Berdasarkan kajian oleh penyelidikan dari Universiti California, Los Angeles, brokoli berupaya melindungi  saluran pernafasan daripada alergen dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem antikeradangan semula jadi.Kuasa fitonutrien, sulforaphane ini boleh ditemui pada semua sayuran daripada famili Brassica seperti kubis bunga,kubis, bok choy dan kale.


PISANG: redakan stress

Lain kali jika anda berasa tertekan, segeralah makan sebiji pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14 g gula,pisang bersaiz sederhana mampu mengenyangkan anda disamping meningkatkn paras gula darah, ia juga mengandungi 30 peratus daripada jumlah vitamin B6 yang diperlukan tubuh dalam sehari, yang membantu otok merembeskan serotonin,hormon yang membolehkan anda melalui krisis dengan tenang.


STRAWBERI: Ubati luka dan kudis

Strawberi sejenis buah berwarna merah berasal dari negara -negara bercuaca sejuk dan digemari kerana keenakannya. Selain daripada kegunaanya sebagai sumber makanan, strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.Daunya pula direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubati kudis mahupun luka-luka. Daun strawberi yang telah direbus ditampal ke bahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

KUCAI: Ubati masalah wanita

Daun kucai mengandungi vitamin B,C,karotena dan kompenan belerang.Berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan pembekuan darah berlaku. Kucai boleh dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hinnga lumat dan dicampur air panas lalu diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.


BENDI: Bantu perkembangan otak

Mengandungi dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat.Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea,siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.












PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW