pElAngI kEhIdUpAn ;
~**~PuJiAn vs kRiTikAn~**~
Wednesday, December 29, 2010 • 12:35 AM • 0 comments
Semua orang mahu dipuji dan semestinya kita suka apabila dipuji.
Dengan satu pujian shj kita akn berasa gembira,dan dihargai.http://www.emocutez.com Adakah seseoang itu apabila dipuji dia akan marah???Semestinya dia akan tersenyum bukan??? Namun, adakalanya pujian itu boleh mendatangkan keburukan pada diri walaupun ianya bukanlah satu kesalahan.Eh, apa nie?tak kan nak puji pun tak boleh kot???Cop2 nanti dulu,janganlah nak terus marah k, cuba kita lihat dari sudut lain.Memang tidak salah  untuk memuji tapi kita harus ingat kadang-kadang dgn pujian boleh membuatkan seseorang itu jadi lupa diri,bangga dan sombong.Dia akan merasa dirinya sudah cukup bagus dan lebih baik berbanding orang di sekelililngnya.
Bila dah terbiasa dengan pujian, orang dok kritik sikit pun kita dah naik angin.Percaya tak kalau saya katakan bahawa dengan pujian juga boleh membuatkan diri kita tak maju-maju?? Iye lah mana taknya kalau hari-hari kita dipuji kita rasa diri kita ni dah terlalu perfect sampai diri seniri pun tiada peningkatan dan perkembangan...

Ini berbeza sekali dengan kritikan.Saya percaya sudah tentu ramai yang tidak suka bila dikritik bukan?
Kalau saya sendiri pun memang tak suka dikritik.Mana tidaknya bila terpaksa menghadapi kritikan, habis hilang semua mood baik.Saya akan terus berfikir dan berfikir dengan kritikan yang saya terima  sampai maigrain dibuatnya.Sememangnya kita akan sedihhttp://www.emocutez.com dan marahhttp://www.emocutez.com bila dikritik.Tapi bila kita lihat dari sudut positifnya, sebenarnya kritikan sangat membantu.Teringat saya semasa di persekolahan dulu.Saya boleh dikatakan student yang sederhana dalam pelajaran.Ustazah saya pulak seorang yang teramatlah garang.Kecut perut juga lah setiap kali dia masuk mengajar.Kalau tak fahamkan betul-betul madahnya pasti akan dimarahi.Ustazah saya ni selalu membandingkan pelajar-pelajar yang lemah dan sederhana ni dengan pelajar-pelajar yang cemerlang.Terasa dibuatnya.Namun disebalik kritikannya,saya cuba berusaha kuat untuk buat yang terbaik,untuk buktikan bahawa saya pun boleh jadi seperti mereka.Cuba kalau ustazah tak marah-marah,pasti shj saya rilex memanjang dan terus dibuai perasaan malas.Dengan kritikan itulah saya memperbaiki kelemahan diri dan berusaha untuk maju dalam kehidupan.

Pendek kata pujian tu sesuatu yang baik kerana kita dapat penghargaan diri tapi biarlah berpada-pada dalam memuji jangan sampai perbuatan yang buruk pun kita puji-puji.Dan sekiranya mahu mengkritik seseorang itu biarlah kritikan yang membangun bukannya kritikan yang boleh menjatuhkan seseorang...
http://www.emocutez.com




PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW