pElAngI kEhIdUpAn ;
~**~sEdEkahKaN aL-FaTiHaH kPd iBu bApA sEtiAp HaRi~**~
Sunday, January 16, 2011 • 10:32 PM • 0 comments
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata "Setiap pagi sedekakahkan al-fatihah
kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup mahupun telah meninggal dunia)
 nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu". 

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w. : "Tidak akan terputus
rezeki seseorang selagi dia tidak meninngalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadis:

* Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (hidup mahupun
yang sudah tiada)

*Allah akan memurahkan rezeki mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua
ibu bapa(walaupun ada ibu bapa ada kekurangan,doa agar mereka berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

* Semasa berdoa,berdoalah dengan bersungguh-sungguhtadah tangan dan bayangkan
wajah kedua orang tua kita,termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)

* Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua akan disempitkan rezeki oleh Allah..




























~**~ UnTuK KaUm HaWa~**~
Saturday, January 15, 2011 • 11:36 PM • 0 comments
SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.



Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.



Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.



Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...



"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.



Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.



Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.



"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)



Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.



Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."













~**~19 kEiStImEwAaN wAniTa~**~
Saturday, January 8, 2011 • 9:03 PM • 0 comments



  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut,jawab bagnda," Ibu lebih penyayang daripada bapa dan orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2.  Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa  yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekkan anak Nabi Ismail.
  6. Syurga terletak bawah telapak kaki ibu.
  7.  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila keua ibu bapamu memanggilmu,maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9.  Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dgn sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan dilaut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW"suaminya." "siapa  pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,masuklah dia dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki.
  14.  Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15.  Apabila seseorang perempuan  mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabilaa seseorang perempuan mulai rasa sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah.
  17.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.  

   









~**~SeLaMaT TiNgGaL 2010, AhLaN wAsAhLaN 2011~**~
Friday, December 31, 2010 • 7:06 AM • 0 comments
feuer-0111.gif from 123gifs.eu


free glitter text and family website at FamilyLobby.com


Tahun 2010 akan melabuhkan tirai beberapa minit shj lagi.
Sudah pasti banyak peristiwa suka dan duka yang telah kita lalui sepanjang tahun 2010.
Jom kita sama-sama muhasabah kembali diri.Cuba kita check balik diri masing-masing.
Selama ni, ke mana telah kita habiskan masa kita. Adakah ianya menjurus ke arah kebaikan atau keburukan??
Adakah tahun 2010 banyak memberikan manfaat pada diri ataupun sebaliknya??
Adakah amal kebaikan yang kita lakukan semakin bertambah atau berkurangan??
Adakah prestasi kehidupan kita makin cemerlang atau makin jatuh atau masih tiada perubahan??
Dan yang paling penting sekali, adakah kita semakin dekat dengan PENCIPTA kita atau semakin jauh??
Sekiranya tahun 2010 menunjukkan kecemerlangan ucapkanlah syukur dan tahniah kpd diri
Tapi jika sebaliknya, jangan lah berputus asa
Mulakanlah semangat baru 
Perbaikilah segala kelemahan dan kekurangan diri
Semoga dengan kehadiran tahun 2011 membawa rahmat dan berkat pada kita semua
Ambillah peluang dengan masa yang kita ada 
untuk dekatkan diri kita pada Yang Maha Esa
untuk pertingkatkan iman kita
untuk lakukan amal kebaikan
untuk pertingkatkan lagi kemajuan diri
Semoga kita menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat..n_n






~**~pEnAwAR DaRi mAkAnAn~**~
Thursday, December 30, 2010 • 12:39 AM • 0 comments


LOBAK MERAH: Bersihkan sistem penghadaman

Lobak merah bukan sahaja baik untuk penglihatan, tetapi juga baik untuk diet seharian bagi memastikan kesihatan kekal di tahap yang optimum.Lobak merah mengandungi serat dan karotena  iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman serta membuang sisa lemak dengan cepat.


BROKOLI: Mudahkan pernafasan

Berdasarkan kajian oleh penyelidikan dari Universiti California, Los Angeles, brokoli berupaya melindungi  saluran pernafasan daripada alergen dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem antikeradangan semula jadi.Kuasa fitonutrien, sulforaphane ini boleh ditemui pada semua sayuran daripada famili Brassica seperti kubis bunga,kubis, bok choy dan kale.


PISANG: redakan stress

Lain kali jika anda berasa tertekan, segeralah makan sebiji pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14 g gula,pisang bersaiz sederhana mampu mengenyangkan anda disamping meningkatkn paras gula darah, ia juga mengandungi 30 peratus daripada jumlah vitamin B6 yang diperlukan tubuh dalam sehari, yang membantu otok merembeskan serotonin,hormon yang membolehkan anda melalui krisis dengan tenang.


STRAWBERI: Ubati luka dan kudis

Strawberi sejenis buah berwarna merah berasal dari negara -negara bercuaca sejuk dan digemari kerana keenakannya. Selain daripada kegunaanya sebagai sumber makanan, strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.Daunya pula direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubati kudis mahupun luka-luka. Daun strawberi yang telah direbus ditampal ke bahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

KUCAI: Ubati masalah wanita

Daun kucai mengandungi vitamin B,C,karotena dan kompenan belerang.Berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan pembekuan darah berlaku. Kucai boleh dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hinnga lumat dan dicampur air panas lalu diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.


BENDI: Bantu perkembangan otak

Mengandungi dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat.Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea,siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.











~**~PuJiAn vs kRiTikAn~**~
Wednesday, December 29, 2010 • 12:35 AM • 0 comments
Semua orang mahu dipuji dan semestinya kita suka apabila dipuji.
Dengan satu pujian shj kita akn berasa gembira,dan dihargai.http://www.emocutez.com Adakah seseoang itu apabila dipuji dia akan marah???Semestinya dia akan tersenyum bukan??? Namun, adakalanya pujian itu boleh mendatangkan keburukan pada diri walaupun ianya bukanlah satu kesalahan.Eh, apa nie?tak kan nak puji pun tak boleh kot???Cop2 nanti dulu,janganlah nak terus marah k, cuba kita lihat dari sudut lain.Memang tidak salah  untuk memuji tapi kita harus ingat kadang-kadang dgn pujian boleh membuatkan seseorang itu jadi lupa diri,bangga dan sombong.Dia akan merasa dirinya sudah cukup bagus dan lebih baik berbanding orang di sekelililngnya.
Bila dah terbiasa dengan pujian, orang dok kritik sikit pun kita dah naik angin.Percaya tak kalau saya katakan bahawa dengan pujian juga boleh membuatkan diri kita tak maju-maju?? Iye lah mana taknya kalau hari-hari kita dipuji kita rasa diri kita ni dah terlalu perfect sampai diri seniri pun tiada peningkatan dan perkembangan...

Ini berbeza sekali dengan kritikan.Saya percaya sudah tentu ramai yang tidak suka bila dikritik bukan?
Kalau saya sendiri pun memang tak suka dikritik.Mana tidaknya bila terpaksa menghadapi kritikan, habis hilang semua mood baik.Saya akan terus berfikir dan berfikir dengan kritikan yang saya terima  sampai maigrain dibuatnya.Sememangnya kita akan sedihhttp://www.emocutez.com dan marahhttp://www.emocutez.com bila dikritik.Tapi bila kita lihat dari sudut positifnya, sebenarnya kritikan sangat membantu.Teringat saya semasa di persekolahan dulu.Saya boleh dikatakan student yang sederhana dalam pelajaran.Ustazah saya pulak seorang yang teramatlah garang.Kecut perut juga lah setiap kali dia masuk mengajar.Kalau tak fahamkan betul-betul madahnya pasti akan dimarahi.Ustazah saya ni selalu membandingkan pelajar-pelajar yang lemah dan sederhana ni dengan pelajar-pelajar yang cemerlang.Terasa dibuatnya.Namun disebalik kritikannya,saya cuba berusaha kuat untuk buat yang terbaik,untuk buktikan bahawa saya pun boleh jadi seperti mereka.Cuba kalau ustazah tak marah-marah,pasti shj saya rilex memanjang dan terus dibuai perasaan malas.Dengan kritikan itulah saya memperbaiki kelemahan diri dan berusaha untuk maju dalam kehidupan.

Pendek kata pujian tu sesuatu yang baik kerana kita dapat penghargaan diri tapi biarlah berpada-pada dalam memuji jangan sampai perbuatan yang buruk pun kita puji-puji.Dan sekiranya mahu mengkritik seseorang itu biarlah kritikan yang membangun bukannya kritikan yang boleh menjatuhkan seseorang...
http://www.emocutez.com



~**~KenApA mEsti tiNgGaLkAn sOLat~**~
Monday, December 13, 2010 • 11:33 PM • 1 comments
Ramai yg mengakui ISLAM.Bila ditanya kamu ni islam??? Mereka menjawab "ya".Namun sedih sekali masih ramat umat islam di luar sana yang meninggalkan solat dan mengabaikan perihal solat.Contohnya bila azan Maghrib berkumandang, masih ramai anak-anak muda bermain di luar.Setelah selesai bermain mereka pulang dan berehat.Bila ditanya kenapa belum solat?? jawapannya "penat".Macam-macam alasan orang sekarang beri untuk elak daripada solat.Persoalannya kenapa mesti tinggalkan solat?? Adakah perkara lain lebih penting dari solat?? Cuba kita bayangkan kita berada dalam satu situasi kita sedang berseronok dengan kawan-kawan kita, masa tu pulak masuk waktu solat.Namun kita buat tak endah jer.Tiba-tiba Allah tarik nyawa kita.Masa tu dah tak boleh nak buat apa-apa.Akhirnya kita mati dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat.Mahukah kita mati dalam keadaan sedemikian?? Semestinya kita tak mahu bukan?? Jadi kenapa mesti nak tinggalkan solat??

SOLAT TU PENTING KE??


Solat adalah perkara paling penting sekali daripada semua perkara.Ini kerana tiada perintah lain yang begitu ditekankan dalam Al-Quran melainkan solatWalau dalam apa jua keadaan sekalipun, solat adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.Orang yang sakit pun perlu bersolat apatah lagi kita yang sihat walafiat.

Firman Allah SWT:
"Dirikanlah solat,tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang yang rukuk"
(Surah Al- Baqarah,ayat 43)

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
(Surah Al- Ankabut, ayat 45)

"Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman,dirikanlah solat itu dengan sempurna sebagaimana biasa.Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman yang tertentu waktunya"
(Surah An-Nisa',ayat 103)

SOLAT TIANG AGAMA

Cuba kita perhatikan setiap rumah yang dibina asasnya mesti mempunyai tiang,tanpa tiang sudah tentu rumah tersebut akan roboh.Begiu juga dengan  solat kita.Tanpa solat yang sempurna,natijahnya amat buruk pada diri.Solat diabaikan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah langsung dihati.Apabila solat ditinggalkan kesannya tiada lagi sebarang antibodi dalam diri.Nah,kita lihatsekarang kesannya banyak maksiat dan dosa berleluasa.Tanpa segan silunya maksiat berlaku di depan mata.Tiada langsung rasa takut pada Allah.Mukmin yang pelihara solatnya mereka takut nak berbuat perkara yang dilarang dalam islam kerana takutkan seksaan dan azab Allah yang amat pedih.

AKIBAT MENSIA-SIAKAN SOLAT

Firman Allah SWT:
"Maka datanglah sesudah mereka nanti pengganti yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan kecuali orang yang bertaubat,beriman dan beramal soleh"
(Surah Maryam ayat 59-60)
Maksud daripada ayat ini ialah mereka yang tidak solat Zuhur hinggalah tiba solat Asar dan tidak solat Asar hinggalah tiba waktu Maghrib dan tidak solat Maghrib hinggalah tiba waktu Isyak dan tidak solat Isyak hinggalah terbit fajar dan tidak solat Subuh hinggalah naik matahari.Sesiapa yang mati apabila ia terus menerus dalam keadaan sedemikian dan tidak pula bertaubat,Allah memberi amaran balasan "al-Baghy" iaitu satu lembah yang terdapat di dalam neraka jahanam.

Kalau orang yang melewat-lewatkan solat hingga ke hujung  waktu pun sudah diancam dengan seksaan al-Baghy apatah lagi orang yang meninngalkan solat??Mereka yang solat tetapi mengambil ringan Allah SWT menjanjikan neraka "wail" untuk mereka.Sesetengah ulamak menyatakan bahawa neraka wail itu ialah satu lembah yang terdapat di dalam neraka jahanam.Seandainya dilalukan bukit-bukit yang terdapat di dunia ini di atasnya nescaya cair semuanya kerana sangat panas.Neraka itu lah tempat tinggal mereka yang lalai terhadap ibadah solat kecuali mereka yang menyesal dan bertaubat.

Sikap sambil lewa sebegini akhirnya mudah berjangkit dan merebak kepada  sikap menangguh taubat dan istigfar.Akhirnya kematian datang menjemput sebelum sempat mengucapkan lafaz taubat dan melakar kebaikan.Matialh dia bersama-sama dosa-dosa yang menimbun di dalam diri dan membawa hati yang gelap gelita...
MY WORDS;
Assalamualaikum, saya budak baru belajar, salah silap minta tunjuk ajar, menulis utk pengalaman hidup dan berkongsi ilmu serta info..semoga ceria selalu ;)

SHOUT HERE
leave your words here

ADVERTISMENT

FOLLOW