Hidup manusia nie umpama roda.Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah..Tidak semestinya kita sentiasa berada di atas mahupun di bawah.Perumpamaan ini seringkali kita dengar dan ia sangat rapat sekali dengan kehidupan seharian kita.
Semestinya kita pernah merasakan ada kalanya kita bernasib baik dan ada masanya kita bernasib buruk..Ada kalanya kita mendapat rezeki dan ada kalanya rezeki itu bukan milik kita.Tapi terkadang manusia ini seringkali lupa diri.Bagi mereka dengan segala kemewahan, pangkat dan kecantikan yang mereka miliki akan terus kekal menjadi milik mereka selama-lamanya.Dengan sedikit nikmat yang Allah berikan mereka sudah merasa bongkak, riak,takbur dan sombong sesama makhluk.Bila-bila masa shj segala kenikmatan yang kita perolehi itu akan hilang.
Teringat saya satu kisah tentang seorang pengemis.Suatu hari semasa sepasang suami isteri sedang duduk makan, mereka telah didatangi oleh seorang pengemis berpakaian lusuh meminta sedekah daripda mereka. Si suami tadi dengan riak berkata " aku bina perniagaan aku hingga berjaya bukan untuk orang lain tapi untuk diri ku dan keluargaku".Si suami tadi pun menghalau pengemis tersebut.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami tadi telah jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dengan keadaan yang teruk itu si suami tadi pun menceraikan isterinya krn tdk mahu isterinya menderita sama.Setahun kemudian si isteri tadi berkahwin dengan lelaki lain..
Pada suatu hari ketika si isteri dan suami barunya mahu menjamu selera, tiba-tiba datang seorang pengemis untuk meminta sedekah.Mendengar rayuan itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan sprt yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri tadi menangis. Si isteri mengadu pada suaminya bahawa pengemis itu adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru tadi pun menjawab dengan tenang: "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang pernah dihalau dan ditengkingnya.
Melalui kisah ini kita boleh buat kesimpulan bahawa segala nikmat yang kita ada bila-bila masa sahaja Allah akan tarik balik. Tidak semestinya kita sentiasa bernasib baik.Semoga melalui kisah ini kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran.Yang mana baik kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan..
Assalamualaikum, kali ini saya nak mengajak kawan-kawan semua bermuhasabah diri terutamanya kepada golongan yang masih lagi mununtut ilmu.
Kita sedia maklum musim peperiksaan amatlah digeruni dan dibimbangi oleh semua pelajar.Pelbagai perasaan yang menyelubungi diri kita. Ada yang takut,gementar,gelisah,risau dan sebagainya.Masa tu masing-masing mula sibuk mengulang kaji pelajaran, try grab sebanyak mungkin ilmu yang boleh dicapai, kita pun pulun habis-habisan untuk dapatkan keputusan yang terbaik.Pelbagai usaha yang kita lakukan termasuklah berdoa kepada Allah.
Apa yang saya nak tekankan di sini sebenarnya adalah tentang hubungan kita dengan Allah. Dari pemerhatian saya,bila tiba musim peperiksaan pelajar menjadi semakin rajin melakukan amal ibadah tak kiralah yang wajib mahupun yang sunat.Sebagai contoh dari yang suka tinggalkan solat jadi rajin solat, tiap-tiap malam bangun qiamulail buat solat sunat hajat,tahajud,taubat dan sebagainya.Dari yang kurang mengaji Al- Quran jadi rajin, ada sesetengah tu bila tiba peperiksaaan dari yang tak bertudung terus bertudung.alhamdulillah lah kalau kita sudah berubah selangkah ke arah kebaikan. Tapi malangnya selepas musim peperiksaan tamat sesetengahnya kembali ke tabiat lama.Habis peperiksaan maka habislah semua amal kebaikan.Adakah begitu??Adakah kita melakukan semua ini semata-mata untuk mendapatkan keputusan cemerlang??Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu maha melihat dan maha mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.Sebagaimana firman Allah SWT:
Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya.Dan dia bersama kamu di mana saja kamu berada.Dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan (Al-Hadid:4)
Kalau boleh biarlah amal ibadah yang kita lakukan itu ikhlas kerana-Nya bukan semata-mata untuk mendapat kejayaan sahaja.Biarlah ianya berterusan dan jangan berhenti sekerat jalan ibarat kita meminta-minta dalam kesusahan bila senang kita lupakan-Nya.Jadikan ia sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita.Sesuatu keputusan yang baik itu bukanlah terletak pada amal ibadah yang kita lakukan tetapi terletak pada sejauh mana keikhlasan kita pada Allah,sejauh mana hubungan kita dengan-Nya dan yang penting keredhaan Allah.
Jadi, marilah kita sama-sama renung kembali ke dalam diri kita.Yang mana terkurang tambahkan,yang mana sedikit perbanyakkan. Kepada mereka yang beristiqamah dalam beribadah alhamdulillah.Teruskan dengan amalan yang kita dah lakukan. Dan kepada mereka yang masih lagi belum constant dengan ibadah yang dilakukan marilah kita sama-sama laksanakannya.Semoga kita semua peroleh hidayah dan petunjukNya.
Assalamualaikum sahabatku...Apa khabarmu hari ini??aku doakan semoga engkau sentiasa dalam keadaan sihat walafiat di samping rahmat Allah yang sentiasa menyinari hidupmu...
Sahabat, masihkah kau ingat ketika hari pertama kita sama-sama masuk ke sekolah?? Pada mulanya aku malu untuk bertegur sapa denganmu.Hanya senyuman yang mampu aku berikan kepadamu dan kemudian kau membalas senyumanku..
Sahabat, masihkah kau ingat pada hari pertama kita diorientasikan??Masa tu cikgu suruh kita buat satu kumpulan dalam bentuk bulatan.. Sebagai permulaan, kau memperkenalkan diri kau kepada kawan-kawan lain...Dari situ, kita mula saling kenal antara satu sama lain..Sejak itu jugalah kita jadi rapat sampai sekarang..
Sahabat, masihkah kau ingat waktu kita bersama?? Ke mana kau pergi aku pasti ada bersamamu.. Kita sering ke kantin sama-sama,ke koperasi sekolah sama-sama,ke musolla sama-sama,solat sama-sama,kita buat tugasan sama-sama,outing sama-sama,sampai ke tandas pun sama-sama..Kau ingat lagikah wahai sahabat??
Sahabat, masihkah kau ingat ketika kau memberi tunjuk ajar kepadaku ketika aku tidak faham dalam pelajaran?? Kau selalu terangkan padaku..Kalau aku hampir putus asa, kau mesti bagi aku semangat.Kau selalu bagi harapan kepadaku supaya aku terus bangkit mengejar impianku..
Sahabat, masihkah kau ingat ketika aku dalam kesedihan kau selalu menjadi pendengar setia masalah aku..Kau selalu tenangkan aku ketika aku sedih..
Sahabat,masihkah kau ingat ketika aku melakukan kesilapan, kau selalu membetulkan kesalahan aku..Kau selalu bagi aku nasihat..Sampai sekarang aku masih ingat lagi nasihat-nasihat kau..
Sahabat,masihkah kau ingat hari-hari sebelum kita menduduki peperiksaan?? Kita sering study sama-sama,kalau aku tak faham mesti aku tanya kau..Kau juga bagi aku kata-kata semangat sebelum hari peperiksaan.. Kau cakap pada aku, aku boleh lakukannya,aku boleh berjaya dan kau juga mendoakan supaya kita semua berjaya mendapat keputusan cemerlang..
Alhamdulillah setelah berminggu-minggu kita menduduki peperiksaan akhirnya kita semua berjaya menamatkannya..Habisnya peperiksaan menandakan tak lama lagi kita semua akan berpisah..Tiba-tiba hati aku berasa sebak untuk berpisah dengan kau..Aku merasakan seperti semalam baru aku mengenali kau.. Kau adalah sahabat yang paling istimewa yang pernah aku temui..Aku bersyukur pada Allah kerana dikurniakan sahabat yang baik sepertimu..Terlalu sukar untuk aku mencari penggantimu..
Sahabat,terima kasih kerana selama ini kau sudi menjadi temanku walaupun aku tahu diriku ini tidak sempurna untuk menjadi sahabatmu.Terima kasih di atas segala nasihat- nasihat yang pernah kau berikan padaku. Sahabat, jika kita tidak lagi bersama seperti dahulu, aku mahu kau sentiasa ingat aku dalam setiap doamu.. Dan sekiranya aku jatuh, kau hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila aku lalai kau sedarkanlah aku, dan bila aku bengkok kau luruskanlah aku.. Sungguh sahabat aku menghargai perhubungan yang murni ini..Semoga ukhwah kita tetap kukuh kerana Allah SWT..
Thursday, November 18, 2010 • 9:15 AM • 0 comments
Ada satu kisah yg menarik perhatian saya..Kisah ini saya ambil dari facebook kelab sahabat seislam..try la bace k....
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni.. “Khas buat abangku,Abg, ko ingat lagi x..Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap “ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “ Ko ingat x.. Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang.. Abg, ko ingat x.. Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku. Abg, ko ingat x.. Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok.. Abg, ko ingat x.. Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg?? Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku.. Abg, Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..Salam sayang, Adik.” Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka… “Assalamualaikum. .Kehadapan adikku yang jauh di mata ..Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan.. Adikku sayang.. Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya.. Adikku sayang.. Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti.. Adikku sayang.. Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini.. Adikku sayang ,siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan.. Adikku sayang, aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku.. Adikku sayang, Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu.. Adikku sayang.. Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama.. Sayangku.. Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini.. Adikku sayang.. Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan.... - Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. -Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. -Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. -Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. -Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. -Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH. Adikku sayang..sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..Salam sayang sedalam-dalamnya,Abang.” Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…
Assalamualaikum buat semua teman-teman yang dikasihi...di sini saya nak berkongsi dengan semua teman-teman tentang lagu yang amat menyentuh hati saya.Bila saya mendengarnya, subhanallah membuatkan saya rasa insaf dan memberikan motivasi kepada diri saya. Dan saya harap antum semua pun begitu..Semoga antum semua menghayatinya...
Muhasabah Cinta Lyrics by Edcoustic
Wahai… Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu courtesy TopLyrics.Info Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi…. Muhasabah cintaku…
Tuhan… Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu
Setiap manusia yang hidup pasti akan diuji oleh Allah.Tidak sempurna hidup manusia tanpa diuji.Tak kiralah ujian yang kita hadapi itu berbentuk kesenangan mahupun musibah,banyak mahupun sedikit. Sebagaimana yang disebutkan dalam kitab hadis tentang ujian Allah kepada hambanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redho dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"
Jika kita imbau semula sejarah silam di mana Rasulullah juga diuji dengan begitu hebat sekali, kita dapati bahawa, Rasulullah s.a.w. yang merupakan manusia yang paling dikasihi Allah s.w.t. sendiri, diuji dengan pelbagai ujian, termasuklah dibaling dengan batu, dilempar dengan najis dan kotoran, dan sebagainya. Begitu juga dengan para Nabi yang lain, seperti Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Ayub a.s., dan selain dari mereka.
Allah menguji kita dengan pelbagai musibah seperti kehilangan orang tersayang, kemusnahan harta benda, bencana, sakit yang berterusan dan sebagainya.Namun apa yang kita lihat tidak ramai di antara kita yang bersyukur dan redho menerima ujian dariNya. Kadang kala menyebabkan kita berputus asa dan seolah-olah kita menyalahkan takdir yang menimpa kita.
Namun, jika kita memandang musibah dan kesulitan ini dari sudut positif, ianya tidak akan membuatkan seseorang itu berputus asa.Sebaliknya ia menjadi kekuatan bagi mereka untuk meneruskan kehidupan mereka yang mendatang.
Secara umumnya, Allah SWT menurunkan musibah kepada hambanya berdasarkan tiga sebab:
Pertama: Allah menurunkan bala dan musibah kepada musuhnya, yang sombong dan ingkar kepada Allah.Mereka terdiri daripada orang-orang kafir dan fasiq.Maka mereka mendapat azab dan siksaan dari Allah di dunia lagi
kedua: Allah menurunkan musibah kepada orang mukmin yang melanggar segala larangannya seperti melakukan maksiat dan kemungkaran.Maka Allah menurunkan musibah kepada mereka supaya mereka kembali kepada Allah SWT dengan mengamalkan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Ketiga: Allah menurunkan musibah kepada hambanya yang khawas (golongan orang-orang soleh).maka musibah itu adalah pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah kerana kesabaran mereka.
seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redho dengan ujian yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhoi hambaNya yang redho dengan ketetapanNya,dengan izin Allah s.w.t..
Mereka yang diuji dengan musibah juga perlu sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan kesan dari dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan, di samping bertaubat dari segala dosa dan kesilapan. Dan akhir sekali semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa redho dengan segala ketentuanNya..